Seo Services

Status FB Berbaur Hasutan: Pegawai Penyiasat Kanan Dikenakan Tindakan


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat kanan polis yang memuat naik status berbaur hasutan di akaun Facebook telahpun dikenakan tindakan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun twitter beliau, berkata pegawai itu ditukar serta-merta ke Bahagian Kepolisan Am, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman sehingga siasatan selesai. 

Baru-baru ini, pegawai itu yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, Kedah dikatakan memuat naik status berbaur hasutan terhadap penganut agama Hindu di negara ini.- BERNAMA
Status FB Berbaur Hasutan: Pegawai Penyiasat Kanan Dikenakan Tindakan Status FB Berbaur Hasutan: Pegawai Penyiasat Kanan Dikenakan Tindakan Reviewed by Unknown on July 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.