KUCHING, 5 Julai (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia boleh mengambil tindakan terhadap kontraktor terowong bawah tanah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Imbi yang runtuh jika didapati mereka cuai.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata sekiranya ada kecuaian, kita minta CIDB ambil tindakan.
CIDB merupakan badan yang mengawal selia syarikat-syarikat kontraktor pembinaan dan mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tersebut.
Fadillah bercakap kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan Geran Aktiviti/Ramadan Surau Dun Semariang, di sini hari ini.
Sementara itu, Fadillah berkata kementeriannya bersedia menawarkan kepakaran teknikal bagi membantu DBKL melakukan siasatan punca runtuhan itu.
"Saya sudah arahkan Pengarah Jabatan Kerja Raya untuk bincang melawat tapak kejadian dan lihat apa yang kita boleh bantu DBKL," katanya.
Dalam kejadian Rabu lepas, sebahagian struktur terowong bawah tanah di simpang empat jalan itu runtuh sedalam lima meter setelah berlaku mendapan tanah dipercayai berpunca daripada paip air bawah tanah yang pecah.
-- BERNAMA
Terowong Runtuh: Tindakan Terhadap Kontraktor Jika Cuai
Reviewed by Admin
on
July 05, 2014
Rating:
Reviewed by Admin
on
July 05, 2014
Rating:

No comments: