Seo Services

Video bas terbakar : Tindakan 'bodoh' seorang lelaki


China - Sekurang-kurangnya 32 orang tercedera apabila seorang lelaki 'bangang' bertindak menyalakan api di dalam bas yang sedang bergerak. Dilaporkan bas tersebut terbakar teruk akibat tindakan 'bodoh' lelaki tersebut selain melibatkan ramai penumpang tercedera.

Insiden yang nyata disengajakan ini berjaya dirakam oleh kamera pengawasan yang terdapat dalam bas tersebut. Kejadian dikatakan berlaku sekitar jam 5 petang dalam keadaan yang agak sesak ketika itu kerana ramai penumpang.

Menerusi rakaman kamera pengawasan, suspek yang berkemungkinan bosan pada mulanya dilihat menundukkan badannya dan menuangkan sesuatu di lantai. Seorang wanita yang berada di hadapannya menyedari perlakuan itu dan cuba melarikan diri.

Suspek bertindak agresif dengan terus menyalakan api sehingga mencetuskan kebakaran. Lihat video di bawah ini untuk mengetahui dengan lebih jelas kejadian tersebut.

Video bas terbakar : Tindakan 'bodoh' seorang lelaki Video bas terbakar : Tindakan 'bodoh' seorang lelaki Reviewed by Unknown on July 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.