Seo Services

Apabila fesyen dalam keadaan 'menjijikkan'

Seorang jurufoto dari India telah mencetuskan kontroversi berikutan tema dan konsep photoshootnya baru-baru dikatakan tidak sensitif dan seolah menghina kejadian rogol di India dua tahun lepas.

Photo shoot itu memaparkan seorang gadis sedang melawan serangan lelaki-lelaki disekelilingnya dalam sebuah bas.


Kejadian seorang pelajar dirogol beramai-ramai dalam sebuah bas di India pada bulan 16 Disember tahun 2012 yang lalu adalah antara kes rogol yang paling menyayat hati dan diingati sampai bila-bila.

Jika anda masih ingat, kejadian kejam dan tidak berperikemanusian itu melibatkan seorang pelajar fisioterapi yang berusia 23 tahun. Gadis ini telah dirogol berkali-kali, dipukul dan dibuang keluar dari bas yang sedang bergerak oleh 6 lelaki ketika menaiki bas.


Dia kemudiannya meninggal dunia di hospital Singapura semasa sedeng mendapat rawatan. Kekejaman yang menimpa gadis ini telah mengejutkan dunia malah sehingga sekarang banyak pertubuhan yang masih lagi menuntut pembelaan untuk gadis tersebut.

Sebaliknya , juru foto Raj Shetye menjadikan peristiwa hitam ini sebagai inspirasi sebuah photo shoot. Hal ini kemudiannya menimbulkan kemarahan masyrakat dengan menggelarkan idea tersebut sebagai ” menjijikkan” dan “mengerikan”.


Bagaimanapun, juru foto tersebut melalui laman web The Huffington Post telah menafikan isu tersebut dan mengatakan dilakukan atas niat untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keselamatan di kalangan wanita di India.

Dalam penafiannya juga , jurufoto itu berkata yang antara isu lain yang ingin diserlahkan adalah konflik sosial wanita di sana.


sumber
Apabila fesyen dalam keadaan 'menjijikkan' Apabila fesyen dalam keadaan 'menjijikkan' Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.