Kelibat seekor buaya digelar Longlong sepanjang 21 kaki mengejutkan orang ramai hingga menyebabkan kesesakan trafik luar biasa berlaku di Manila, Filipina baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan, orang ramai menyangka bahawa buaya yang diangkut pada bumbung sebuah van di tengah Manila itu adalah buaya gergasi yang dikhabarkan telah mati pada tahun lalu.
Kemudian, van tersebut telah dikerumuni orang ramai untuk melihat kesahihan buaya berkenaan bagi mendapatkan kepastian.
Tetapi sebenarnya, buaya tersebut adalah buaya yang diperbuat daripada gentian kaca direka khas sebagai memperingati kematian buaya gergasi tersebut.
Dicipta oleh Juvy Bangut dan Jessie Suerte, dan akan dihantar ke Taman Buaya Pasay City sebagai replika khas di taman berkenaan.
“Buaya ini dicipta sebagai sebagai satu penghormatan kepada ‘Lolong’ iaitu buaya air masin terbesar di dunia yang mati dalam kurungan tahun lalu,” katanya kepada Manila Times.
Tempoh untuk mencipta buaya tersebut mengambil masa kira-kira 3 bulan dan mencapai kos sebanyak AS$2,000.
Buaya menyebabkan kesesakan lalu lintas
Reviewed by Unknown
on
August 05, 2014
Rating:
No comments: