Seo Services

Chegubard dilepas tanpa dibebaskan tuduhan anjur perhimpunan

Bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau "Chegubard" di lepaskan tanpa dibebaskan tuduhan menganjur perhimpunan program penghargaan kepada pengundi Selangor pada tahun lepas oleh Mahkamah sesyen semalam.

Hakim Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han dan Peguam Michelle Yesudas yang mewakili tertuduh.

Dalam prosiding semalam yang ditetapkan untuk sebutan kes itu,Tan memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung rayuan Mahkamah Rayuan,yang menggugurkan pertuduhan keatas Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia,Nik Nazmi Nik Ahmad kerana menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Klana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.

Michelle yang mewakili Badrul Hisham membantah permohonan pendakwaan dan berhujah bahawa keputusan rayuan kes Nik Nazmi di Mahkamah Persekutuan masih belum mempunyai tarikh dan pertuduhan terhadap anak guamannya akan berlanjutan sehingga kes Nik Nazmi selesai.

Badrul Hisham,35,yang juga Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia,sebagai penganjuran perhimpunan.program itu didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengenai program berkenaan dalam tempoh masa ditetapkan iaitu 10 hari sebelum tarikh program diadakan.
Chegubard dilepas tanpa dibebaskan tuduhan anjur perhimpunan Chegubard dilepas tanpa dibebaskan tuduhan anjur perhimpunan Reviewed by Admin on August 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.