Seo Services

Ciri- ciri budaya masyarakat Cina harus dikekalkan

KUCHING: Memperkukuh disiplin, kosentrasi dan  ketabahan melalui seni Chung Hua merupakan ciri-ciri budaya yang harus dikekalkan dalam masyarakat Cina terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng memberitahu pengetahuan mengenai seni ini harus di sampaikan kepada generasi muda seterusnya yang kini dikatakan lebih gemar bermain komputer dan melayari laman web sepanjang hari.

Dengan itu beliau berharap lebih banyak persatuan seni Cina tampil menganjurkan program berkaitan bagi menggalakkan lagi penyertaan masyarakat Cina dalam kegiatan seni dan budaya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya di Pameran Seni sempena Ulang Tahun ke-20 Persatuan Seni Chung Hua Kuching di Kuching pagi tadi.

Terdahulu di majlis yang berasingan beliau menyampaikan trofi kepada pemenang-pemenang Pertandingan Kuiz Sains Bahagian Kuching dan Samarahan yang diadakan di Sekolah Menengah Min Lit di Batu Kawa Kuching.

Dalam ucaptamanya beliau mahu pelajar yang terlibat agar mengejar ilmu Sains yang mendalam jika mahu terus bersaing di masa depan yang mementingkan teknologi dan inovasi.

Ianya juga diyakni mampu membentuk modal insan yang berkualiti yang boleh menyumbang kepada pembagunan negara dalam usaha mentransformasikan ekonomi negara kepada negara berpendapatan tinggi.

Seramai 148 pelajar dari 37 buah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hua Bahagian Kuching dan Samarahan terlibat dalam pertandingan tersebut. - sarawakiana

Ciri- ciri budaya masyarakat Cina harus dikekalkan Ciri- ciri budaya masyarakat Cina harus dikekalkan Reviewed by Admin on August 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.