Seo Services

Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Dalton, Brunger



KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada anggota keluarga dan rakan kepada warga Britain Neil Dalton dan Aidan Brunger yang mati ditikam di Kuching, Sarawak pada Rabu.

"Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan warga Britain, Neil Dalton dan Aidan Brunger. Mereka yang bertanggungjawab bagi kematian mereka mesti dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam catatan terbaru Twitter beliau lewat malam tadi.

Kedua-dua pelajar perubatan itu dipercayai mati ditikam selepas mereka terbabit dalam pertengkaran dengan empat penduduk setempat di sebuah kafe dekat hotel penginapan mereka pada kira-kira 4 pagi. 

Dalton, 23, dan Brunger, 22, sedang mengikuti program pertukaran pelajar dan menjalani amali di sebuah hospital di Kuching, dan kedua-dua mereka sepatutnya menamatkan latihan selama tiga bulan itu Jumaat. -- BERNAMA
Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Dalton, Brunger Najib Ucap Takziah Kepada Keluarga Dalton, Brunger Reviewed by Unknown on August 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.