Kuching : Dua warga British dipercayai maut ditikam berhampiran di Jalan Abell, dalam satu pertengkaran dengan sekumpulan penduduk tempatan di sebuah pusat hiburan.
Identiti mangsa masih ditahan, berumur dalam likungan 23 dan 24 tahun merupakan pelajar pertukaran perubatan di sini dari Newcastle University.
Sebelum kejadian jam 4:00 pagi, kedua-dua mangsa dipercayai berdebat dengan tiga penduduk tempatan dalam pusat hiburan berhampiran Travillion.
Siasatan awal menunjukkan bahawa suspek menaiki sebuah Perodua Viva telah menemui mangsa sedang berjalan di sepanjang Jalan Abell sebelum bertindak menyerang mangsa.
Polis telah menahan kedua-dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu untuk membantu siasatan, manakala seorang suspek telah melarikan diri.
Pelajar perubatan antarabangsa maut ditikam
Reviewed by Unknown
on
August 06, 2014
Rating:
No comments: