Seo Services

Peter Kalang seru penduduk lapor isu "sapu block"

Pengerusi Save Rivers, Peter Kalang menyeru penduduk Long Naah dan Long Keseh agar membuat laporan polis dan aduan kepada MACC kerana pencerobohan aktiviti pembalakan ditanah NCR mereka.

Menurut Peter Kalang, syarikat pembalakan yang ingin membalak buat kali kedua atau istilah tempatan “sapu block” sepatutnya membuat penilaian EIA terlebih dahulu sebelum dibenar membalak.

Sehubungan itu Peter menegaskan mereka tidak sekali-kali akan membuka "blockade" malah menyeru penduduk baram supaya datang beramai-ramai pada 20 ogos di mahkamah tinggi Miri untuk sebutan kes penduduk Baram yang menyaman Menteri Perancangan Sumber Datuk Awang Tengah Ali Hassan berkaitan tapak empangan Baram, lapor Radio Free Sarawak
Peter Kalang seru penduduk lapor isu "sapu block" Peter Kalang seru penduduk lapor isu "sapu block" Reviewed by Admin on August 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.