Seo Services

Punca lelaki ini gunakan asid untuk cerahkan kulit


Mendiang Michael Jackson melakukan pelbagai pembedahan plastik untuk mengubah penampilan fizikal bukan lagi rahsia. Ini termasuklah pembedahan hidung, dagu dan yang paling ketara, Michael yang dilahirkan berkuturunan kulit gelap juga telah membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan kulit putih.

Kemunculan “Michael Jackson Wannabe ” pula bukan perkara yang asing. Terutama “trademark” gerak tarinya yang menjadi ikutan ramai. Bagaimanapun,” Michael Jackson Wannabe ” dari Brazil ini untuk berubah menjadi penyanyi ini memang berani.

Lelaki yang dikenali dengan nama Antonio Gleidson Rodrigue menggunakan asid untuk mencerahkan warna kulitnya dan membelanjakan £2,000 ( RM10, 796) untuk satu siri prosedur kosmetik hanya untuk kelihatan seperti hero beliau.


Lelaki yang ingin dikenali dengan nama Gliedson Jackson ini juga pernah menjalani pembedahan pertamanya lima tahun yang lepas apabila dia membetulkan septum hidungnya untuk mencapai note tinggi ketika menyanyi.

Susulan pembedahan tersebut, lelaki berusia 32 tahun ini juga telah membuat suntikan asid hyaluronik untuk memutihkan wajahnya dan juga suntikan botoks untuk menyerlahkan bahagian bawah matanya.

Bekas guru drama ini juga membuat pembedahan untuk merapatkan susunan gigi dan membuat tatu kening. Beliau juga menyimpan hajat untuk membuat pembedahan ke atas bahagian tulang pipi dan mengecilkan hidung pada masa akan datang untuk menyerupai bintang pujaannya itu.


Punca lelaki ini gunakan asid untuk cerahkan kulit Punca lelaki ini gunakan asid untuk cerahkan kulit Reviewed by Unknown on August 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.