Seo Services

'Rekod baharu'

 
Mazlan sifat kutipan enam emas pencapaian buruk sejak 16 tahun lalu
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad menyifatkan enam pingat emas yang dikutip kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel Glasgow yang dilabuhkan tirainya awal pagi semalam sebagai satu ‘rekod baharu’ selepas kali terakhir negara menganjurkan temasya kedua terbesar dunia itu pada 1998. Menurutnya, pencapaian di Glasgow itu menunjukkan satu tanda aras mendukacitakan selepas 16 tahun lalu di mana kontinjen negara meraih 10 emas di bumi sendiri sebelum masing-masing tujuh di Manchester (2002) dan Melbourne (2004) dan paling terbaik dalam sejarah di New Delhi 2010 dengan 12 emas keseluruhan.


“Ini satu ‘rekod baharu’ pencapaian terendah kontinjen Malaysia di Sukan Komanwel sejak tahun 1998,” katanya ketika dihubungi semalam. “Pencapaian selepas 1998 yang paling minimum tujuh... kali ini enam dan enam ini adalah 50 peratus kurang daripada pencapaian 2010.

“Dan kalau sebelum ini sasaran diletakkan ialah tujuh, maknanya kurang 41 peratus dan ia kurang daripada sasaran. Itulah sebabnya kenapa saya katakan ‘rekod baharu’.”-BH
'Rekod baharu' 'Rekod baharu' Reviewed by uMieySurianie on August 05, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.