London : Sebuah pertubuhan kebajikan kanak-kanak Save The Children membelanjakan sejumlah wang untuk membeli iklan satu muka penuh dalam akhbar di Britain semalam.
Tujuannya - memaparkan nama 373 kanak-kanak Palestin yang terbunuh akibat keganasan tentera rejim Zionis di Gaza sepanjang tempoh 8 Julai sehingga 3 Ogos lalu.
Iklan hitam putih berkenaan muncul dalam akhbar utama Britain dan nama mangsa keganasan Israel itu diperoleh daripada Pejabat Hal Ehwal Penyelarasan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) serta Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.
Pembaca dipelawa untuk menghantar mesej teks sebagai sebahagian daripada kempen yang mendesak gencatan senjata berkekalan dilakukan di wilayah berkenaan.
Jurucakap pertubuhan itu berkata, gencatan senjata berkenaan perlu diadakan demi kanak-kanak Gaza dan Israel.
Gaza dilanda peperangan selepas Israel memulakan kempen keganasan ke atas wilayah Palestin itu mulai 8 Julai lalu.
Lebih 1,800 orang penduduk Palestin - kebanyakannya orang awam - terbunuh dalam konflik berkenaan.
Kelmarin Israel dan Hamas bersetuju mengadakan gencatan senjata 72 jam namun seperti selalu tiada sebarang jaminan ia bertahan lama.
Sementara itu dalam kenyataan berasingan Save The Children berkata, sistem kesihatan awam di Gaza hampir runtuh sama sekali dan setengah juta penduduknya kehilangan tempat tinggal.
Pegawainya, David Hassell berkata gencatan senjata memang sangat mendesak ketika ini.- AFP
#SaveGaza : Britain papar iklan kanak-kanak Palestin yang terbunuh
Reviewed by Unknown
on
August 07, 2014
Rating:
No comments: