Seo Services

Seorang wanita terkejut 'suami' adalah adik kandung sendiri

Seorang wanita Brazil tidak menyangka pencarian beliau untuk mencari ibu kandungnya telah merungkap satu rahsia bahawa suaminya sendiri adalah adik kandung beliau.

Adriana, 39 tahun, telah mendapat panggilan mengejut dalam satu temu bual dengan Radio Globo di mana dalam program tersebut beliau telah bertemu semula dengan ibu beliau yang telah lama menghilang dikenalisebagai Maria, lapor Mirror.

Semasa siaran, Maria telah mendedahkan beliau mempunyai seorang lagi anak bernama Leandro, yang telah ditinggalkannya juga.

“Saya tidak percaya apa yang kamu katakan ini. Leandro adalah suami saya,”kata Adriana seperti yang dilaporkan.

“Kini, saya takut untuk pulang ke rumah setelah mengetahui Leandro tidak mempedulikan saya lagi. Saya sangat menyayangi dirinya.”


Difahamkan, Adriana dan Leandro telah menghabiskan masa bertahun-tahun untuk misi mencari ibu masing-masing.

“Pada mulanya kami fikir ia agak melucukan kerana kedua-dua ibu kami memiliki nama yang sama, tetapi kami anggap ia cumalah satu kebetulan,”jelas Adriana.

Pasangan itu tidak berkahwin secara sah, tetapi mereka telah bersama selama 7 tahun dan telah dikurniakan seorang anak perempuan berusia enam tahun.

Tetapi pasangan itu telah berjanji untuk kekal bersama-sama dan mengisytiharkan hanya kematian sahaja yang boleh memisahkan mereka.

“Pada mulanya memang sukar untuk saya menerima kenyataan, tetapi setelah berbincang antara satu sama lain, kami telah mengambil keputusan untuk tetap tinggal sebagai suami isteri. Biarlah apa orang akan fikir.”

“Semua ini berlaku mungkn ada hikmahnya,”katanya lagi.


Terjemahan [sumber]
Seorang wanita terkejut 'suami' adalah adik kandung sendiri Seorang wanita terkejut 'suami' adalah adik kandung sendiri Reviewed by Unknown on August 07, 2014 Rating: 5

1 comment:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.