Seo Services

Isu Kutipan Derma Palestine Haram Akan DiBawa Ke Kabinet Negeri


Isu pengutipan derma secara haram oleh beberapa pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama Gaza atau Palestin yang nampaknya agak berleluasa di bandar-bandar besar di Sarawak sejak kebelakangan ini akan dibincangkan ke peringkat kabinet negeri.

Menteri Muda (Hal Ehwal Islam) Di Pejabat Ketua Menteri Datuk Haji Daud Abdul Rahman berkata, perkara ini memang anggap serius kerana membabitkan penipuan meminta derma atas nama kesengsaraan dan azab masyarakat Islam yang lain (di Palestin).

"Walaupun ianya bukan didalam bidang kuasa saya (Hal Ehwal Islam) namun ianya membabitkan golongan besar penderma-penderma yang beragama Islam yang ditipu dengan beranggapan mereka membuat pahala dengan menderma kepada saudara-saudara Islam kita di Gaza, Palestin."

Daud, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong ditemui pemberita ketika menghadiri majlis Keberangkatan Jemaah Haji Penerbangan KT 36A (MH8044) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebentar tadi.

"Ini (penipuan menerusi aktiviti derma) yang berlaku di Sarawak dan saya menyarankan agar masyarakat di negeri ini agar tidak menderma kepada golongan-golongan yang tidak pasti samaada wang itu sampai ke pihak yang hendak di derma atau sebaliknya."

"Kalau di Sarawak, kita minta penderma-penderma untuk menderma ke Aman Palestin ataupun Ehsan Palestin yang kita telah lancarkan lebih kurang sebulan yang lepas jadi, dermalah ke saluran-saluran tersebut dan mereka (penderma-penderma) juga akan dikecualikan dari cukai."

Daud mengingatkan, kadangkala ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengutip derma atas nama negara Palestin di tepi jalan daripada dermawan-dermawan yang beranggapan pengutip-pengutip derma itu jujur dan ikhlas dan menderma kepada rakyat Palestine tapi sebaliknya, mereka yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya membuat keuntungan untuk mereka sendiri.

"Saya menyarankan pihak berkuasa yang bertanggungjawab dan berkaitan dengan perkara ini agar lebih peka dengan situasi semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mereka-mereka yang menyalahi undang-undang," katanya lagi.

Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa pihak yang mengutip derma secara terbuka yang kononya untuk diderma kepada masyarakat Gaza, Palestine di pasaraya, hyper-market dan tempat-tempat awam di Kuching, Miri, Bintulu dan beberapa bandar utama lain di Sarawak.

Malah terdapat satu entiti pengutip derma yang telah pun diharamkan untuk mengutip derma di Semenanjung Malaysia kini bergiat aktif menggunakan gadis-gadis muda berhijab mengutip derma di kawasan-kawasan strategik. -Sarawakiana

Isu Kutipan Derma Palestine Haram Akan DiBawa Ke Kabinet Negeri Isu Kutipan Derma Palestine Haram Akan DiBawa Ke Kabinet Negeri Reviewed by Salfian Nawawi on September 11, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.