Berikutan rancangan Khazanah Nasional Bhd memberhentikan kira-kira 6,000 petugas di bawah pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan nasional itu, sebuah syarikat penerbangan tambang murah AirAsia bersedia mengambil sebahagian pekerja Malaysia Airlines (MAS) yang telah diberhentikan.
30% daripada 20,000 tenaga kerja MAS iaitu diwakili sebanyak 6,000 orang. Kira-kira 50% pekerja AirAsia pernah bekerja dengan MAS. Penstrukturan semula MAS dijangka menelan belanja RM6 bilion.
"AirAsia X dan AirAsia semakin berkembang, sudah pasti kami bersedia melakukan yang terbaik untuk menyerap seramai mungkin, dan kami sudah pun (menyerap petugas MAS).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes, mereka sudah berkembang daripada 200 pekerja kepada 15,000, dan ramai daripada mereka adalah daripada MAS.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan kempen "Fill Up and Fly Free" bersama Petronas Dagangan Bhd di Kuala Lumpur, hari ini.-Sarawakiana
"Kami bersedia menerima bekas pekerja MAS" - Tony Fernandes
Reviewed by Unknown
on
September 10, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 10, 2014
Rating:

No comments: