KUCHING: Klinik Kesihatan Petra Jaya akan mengadakan Karnival Kesihatan dan Hari Bersama Pelanggan pada 20 September ini bertempat di Klinik Kesihatan Petra Jaya.
Program yang bermula pada jam 8 pagi hingga 5 petang tersebut akan dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya , Datuk Haji Fadillah Haji Yusof.
Antara aktiviti yang diadakan pada hari tersebut ialah Pameran Kesihatan dan pameran dari pelbagai agensi luar seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, MARA Negeri Sarawak, Jabatan Kemajuan Masyarakat, Malaysia BreastFeeding Of Peer Counselor, Askar Wartaniah dan Special Olympics Kuching Chapter.
Karnival itu juga memberi peluang kepada orang ramai membuat saringan dan pemeriksaan kesihatan seperti BSSK, DASS, saringan Faktor risiko kardiovaskular, pap smear, clinical breast examination dan pemeriksaan gigi.
Selain itu, terdapat juga ceramah pergigian dan Pertandingan Mewarna Kanak- kanak bawah 12 tahun.
Lanjutan dari program ini juga akan diadakan Kempen Derma Darah anjuran bersama Tabung Darah Hospital Umum Sarawak pada 30 September ini bermula jam 9 pagi hingga 2 petang di Lobi Utama Klinik Kesihatan Petra Jaya.
Semua lapisan masyarakat dijemput menghadiri karnival berkenaan dan tidak melepaskan peluang menyertai kempen derma darah yang telah diatur. -Sarawakiana
Karnival Kesihatan & Hari Pelanggan Klinik Kesihatan Petra Jaya
Reviewed by Salfian Nawawi
on
September 12, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
September 12, 2014
Rating:

No comments: