Seo Services

Kerajaan Tidak Akan Berhenti Cari Jenazah Mangsa MH17 - Najib


Kerajaan tidak akan berhenti mencari jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine, pada 17 Julai lalu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan akses dan merayu agar gencatan senjata diadakan agar memberi kita peluang sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk memasuki kawasan nahas.

"Kita akan cari segala bukti dan cebisan mayat di kawasan itu. Saya tidak berpuas hati selagi semua jenazah tragedi itu belum diserahkan kepada keluarga masing-masing," katanya.

"Dalam menghadapi ujian besar ini, saya ambil langkah konvensional kerana saya sedar misi utama kita adalah untuk bawa pulang jenazah mangsa.

Menurutnya apa yang berlaku ini sememangnya tidak diduga dan Malaysia beruntung kerana dasar luar negara dan hubungan baik dengan negara lain selama ini, telah membantu menjayakan segala operasi bersifat keselamatan, mencari dan menyelamat.

Beliau berkata demikian semasa berucap selepas menyampaikan Pingat Kedaulatan Negara kepada 129 penerima termasuk tujuh menteri kabinet dan anggota pasukan keselamatan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini Khamis.
Kerajaan Tidak Akan Berhenti Cari Jenazah Mangsa MH17 - Najib Kerajaan Tidak Akan Berhenti Cari Jenazah Mangsa MH17 - Najib Reviewed by Unknown on September 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.