Seo Services

Laporan Penuh! Punca nahas pesawat MH17


KUALA LUMPUR : Laporan awal oleh kumpulan penyiasat Belanda menyatakan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 ditembusi oleh objek berkelajuan tinggi sebelum ia berkecai di udara ketika nahas berlaku pada 17 Julai 2014 yang lalu..

Laporan yang disiarkan di laman web Badan Keselamatan Belanda petang ini turut menyatakan bahawa tiada petunjuk yang mengatakan nahas pesawat MH17 itu berpunca dari kesalahan teknikal, kecemasan atau berpunca dari anak kapal pesawat terbabit.

Menurut laporan itu, siasatan ke atas perakam suara kokpit, data penerbangan pesawat dan data pusat kawalan trafik juga menunjukkan penerbangan pesawat MH17 berjalan secara normal sehingga pukul 13.20.03 (UTC) sebelum berakhir secara tiba-tiba.

Tiada mana-mana nada amaran didengar di kokpit yang mungkin menunjukkan masalah teknikal. Corak bangkai di atas tanah menunjukkan bahawa pesawat ini berpecah kepada kepingan semasa di udara.

Laporan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Badan Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra itu berkata lebih banyak siasatan diperlukan sebelum mengenal pasti secara tepat punca sebenar nahas.

“Badan Keselamatan percaya lebih banyak bukti akan diperolehi oleh pasukan penyiasat dalam masa terdekat.”

“Laporan awal menyiarkan hasil penemuan pertama terhadap siasatan yang sedang dijalankan. Dari ketika ini, pasukan penyiasat akan bekerja ke a ah menghasilkan laporan yang terakhir. Badan ini mensasarkan untuk mengeluarkan laporan penuh dalam tempoh setahun dari tarikh nahas.-Awani
Laporan Penuh! Punca nahas pesawat MH17 Laporan Penuh! Punca nahas pesawat MH17 Reviewed by Unknown on September 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.