Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid menegaskan kerajaan patut menghentikan kerjasama latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Amerika Syarikat (AS).
Sebanyak 300 anggota tentera AS tiba di Terengganu untuk menjalani Latihan Eksesais Keris Strike Siri 18/14 dari 13 hingga 26 September 2014.
"Kami kecewa dengan dasar Malaysia mengukuhkan hubungan dan kerjasama ketenteraan dengan AS kerana ia menunjukkan tanda kesediaan Malaysia untuk terus menjadi rakan AS bersama dengan segala dasarnya," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut laporan Kementerian Pertahanan, latihan diadakan di sekitar kawasan Kem Pangkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan dan itu petanda jalinan Malaysia dengan tentera AS akan terus akrab.
Beliau juga menyifatkan kerjasama AS sebagai dalang dan punca pelbagai konflik umat Islam dan antara negara di merata dunia.
Menurutnya, Malaysia harus berani menunjukkan sikap tegas terhadap kuasa imperialis dunia itu yang jelas menyokong Israel dalam serangan selama 50 hari di Gaza, baru-baru ini.
"Malaysia akan berhadapan dengan pelbagai risiko kerana segala maklumat yang diperlukan oleh AS terhadap keseluruhan aspek pertahanan Malaysia akan lebih mudah diperoleh dan boleh diakses secara langsung."katanya -Sarawakiana
Latihan tentera AS di Malaysia harus dihentikan - MAPIM
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 15, 2014
Rating:

No comments: