Seo Services

Merokok membuatkan anda lebih tua

Rasanya tak perlu lagi menyenaraikan kesan buruk dan negatif merokok kepada kesihatan anda. Namun kajian yang dijalankan ke atas beberapa pasangan kembar ini telah membuktikan dan memberi gambaran lebih jelas tentang kesan merokok kepada penuaan wajah.

Pengkaji telah menggunakan 79 pasangan kembar seiras yang ditemui pada acara tahunan, Twins Days Festival di Twinsburg, Ohio (sebuah perhimpunan pasangan kembar terbesar di dunia.)

Mereka telah membandingkan wajah pasangan kembar dimana salah seorang daripada pasangan kembar tersebut telah merokok lima tahun lebih lama daripada yang seorang lagi.

Gambar kiri bukan perokok, gambar kanan adalah perokok

Mereka mengenal pasti beberapa bahagian utama penuaan lebih cepat berlaku pada muka kembar yang merokok.

Kelopak mata bawah perokok nampak semakin ‘jatuh’ manakala bahagian bawah pula lebih mengendur , dan mereka mempunyai lebih banyak kedutan di sekeliling mulut. Perokok juga lebih cenderung mempunyai tulang rahang yang bersegi.


Merokok menyebabkan oksigen kurang sampai ke kulit, yang juga memperlahankan peredaran darah, dan boleh menyebabkan kulit nampak lebih tua dan berkedut lebih cepat dan ketara.

Wajah yang sama, umur yang sama tapi boleh nampak berbeza hanya kerana merokok. Jadi, jelas bukan amalan ini bukan sahaja memberi kesan buruk kepada jantung dan paru-paru tetapi juga kepada kecantikaan dan penampilan anda.


sumber
Merokok membuatkan anda lebih tua Merokok membuatkan anda lebih tua Reviewed by Unknown on September 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.