Subjek UPSR buat Bahasa Inggeris dan Sains akan diadakan semula pada tarikh yang baru iaitu September 30, 2014.
Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan (Pembangunan Profesionalisme Keguruan) Datuk Misrah Ibrahim berkata demikan sambil menambah tarikh baru peperiksaan ini akan melibatkan 473,175 murid yang menduduki UPSR 2014, 51,438 petugas, 8,299 pusat dan 382 bilik kebal di seluruh negara.
"Dengan perkembangan terbaru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuat siasatan dalaman ke atas semua dakwaan berkaitan perperiksaan UPSR perkara ini."
Beliau berkata demikian pada satu sidang akhbar mengenai insiden kebocoran soalan kertas UPSR di Putrajaya sebentar tadi.
Misrah menyatakan, KPM juga memandang serius terhadap insiden ini dan akan mengambil tindakan tegas untuk memastikan perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Memberi jaminan KPM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa; PDRM dan SKMM untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab, Misrah berharap pihak-pihak berkuasa seterusnya akan membawa mereka ke muka pengadilan termasuk kemungkinan pendakwaan jenayah di mahkamah terhadap mereka yang didapati bersalah.
"KPM berharap tindakan tegas dan semaksima mungkin dikenakan kepada pengkhianat tersebut," katanya sambil menambah KPM amat berasa kesal dengan perbuatan tidak amanah dan tidak berintrigiti yang dilakukan pengkhianat ini.
"Sehubungan itu laporan polis telah dibuat dan berharap satu siasatan dan tindakan keras dapat kita ambil tanpa mengira siapa pun yang bertanggungjawab dalam hal kebocoran ini," tegasnya lagi.
"Selain daripada kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014-1 dan 014-2 dan Sains 018, 028 dan 083, tiada pembatalan untuk mana-mana kertas UPSR yang lain setakat ini."
Beliau juga mendedahkan, KPM juga akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas bagi meneliti semula SOP, pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam dimana ahli-ahlinya terdiri dari pakar pelbagai bidang yang diantaranya Teknologi Maklumat, Keselamatan dan Logistik.
"KPM juga memohon maaf kepada semua pihak yang memgelami kesuliitan akibat daripada insiden ini," katanya lagi. -Sarawakiana
Pengkhianat Bocorkan Soalan UPSR Akan Hadapi Hukuman Keras
Reviewed by Salfian Nawawi
on
September 12, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
September 12, 2014
Rating:
.jpg)
No comments: