Seo Services

Peruntukan RM36.5 juta kepada Jabatan Agama Islam Sarawak


Sejumlah RM36.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) untuk membiayai kira-kira 3,461 imam, guru takmir dan guru Kelas Pengajian al -Quran dan Fardu Ain (Kafa) serta Pegawai Penyelaras Masjid Daerah (PPMD) di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, daripada jumlah tersebut, RM6.6 juta digunakan untuk elaun 735 imam, RM2.9 juta kepada lebih 278 guru takmir, RM26.1 juta kepada 2,412 guru Kafa dan RM813,240 bagi 36 PPMD.

"Peruntukan itu selaras dengan maqasid syariah berasaskan lima prinsip iaitu menjaga agama, nyawa (kehidupan), akal (ilmu dan pendidikan), maruah (jati diri Islam) dan harta benda (kekayaan sumber)," katanya lagi.

"Kita mengharap agar para imam, guru takmir, kafa dan PPMD ini akan menjalankan amanah yang diberi dengan menjaga dan perkukuhkan betul-betul bagi membentuk dan melahirkan umat Islam berkualiti.

"Jangan sesekali menimbulkan api-api perpecahan sesama kita demi kelangsungan agama, bangsa dan negara," kata Jamil dalam ucapannya ketika merasmikan Multaqa Guru Takmir, Kafa dan Imam di Pusat Latihan Sarawak di Telaga Air tengahari tadi.

"Kumpulan tersebut mempunyai peranan besar mendidik umat Islam tahu dalam melaksanakan fardu ain, kifayah dan tahu membaca al-Quran dan elaun-elaun mereka juga telah dinaikan berbanding beberapa tahun sebelum ini agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih baik.'

Antara mereka yang hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha dan Mufti negeri, Datuk Kipli Yasin. -Sarawakiana

Peruntukan RM36.5 juta kepada Jabatan Agama Islam Sarawak Peruntukan RM36.5 juta kepada Jabatan Agama Islam Sarawak Reviewed by Salfian Nawawi on September 02, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.