Siasatan Polis Diraja Malaysia berhubung pertubuhan yang tidak berdaftar, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengambil sedikit masa.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, ia disebabkan jumlah anggota pasukan tersebut yang seramai 156 anggota PPS termasuk pengerusi pasukan itu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh.
"Siasatan kita memakan masa sedikit kerana jumlah anggota (pasukan) tersebut terlalu ramai," katanya.
Khalid berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (PACSU) ke-35 di sini, hari ini.-Sarawakiana.
PPS : Siasatan akan memakan masa sedikit - Khalid
Reviewed by Unknown
on
September 10, 2014
Rating:
Reviewed by Unknown
on
September 10, 2014
Rating:

No comments: