KUCHING: Hari Kemerdekaan jika disambut tanpa menyatakan berapa bilangan tahunnya, adalah di antara salah satu pendekatan yang terbaik.
Menteri Pelancongan dan Perumahan Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg menyifatkan dalam konteks ini, cadangan berkenaan sangatlah relevan dan bernas.
“Cadangan tersebut sangat bagus, sekurang-kurangnya kerajaan persekutuan melihat bahawa kita harus mempunyai satu pendekatan yang relevan berhubung nilai kemerdekaan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita yang memintanya mengulas mengenai cadangan sambut kemerdekaan tanpa menyebut bilangan ulang tahunnya yang telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.
Kata Johari lagi, beliau menerima cadangan sambutan hari Kemerdekaan 31 Ogos hanya disambut tanpa menyebut bilangannya.
Sehubungan itu, Johari menafikan kenyataan sesetengah pihak yang mendakwa Sarawak tidak merdeka sejak tahun 1963.
“Jangan ikut sentimen dan melakukan perkara yang rumit. Sebelum Sarawak membentuk Malaysia bersama Tanah Melayu, Sarawak telah pun merdeka pada 22 Julai.
“Sarawak bukannya dijajah. Jika benar sekalipun, kita pasti tidak mungkin mempunyai kerajaan negeri sendiri yang berkuasa secara autonomi ...,” ujarnya sambil menganggap kenyataan tersebut hanyalah sekadar omong kosong sahaja. -Sarawakiana
Sambut Kemerdekaan Tanpa Ulang Tahun - Abang Jo
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
September 10, 2014
Rating:
Reviewed by MRJ | Mr. Januarius Tomek
on
September 10, 2014
Rating:
.jpg)
No comments: