Seo Services

Sektor Pertanian Masih Relevan Di Sarawak



KUCHING: Sehingga hari ini, sektor pertanian masih terus relevan dan telah dikenalpasti sebagai penjana ketiga bagi pertumbuhan untuk negara. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu berkata bahawa pada tahun 2011, Dasar AgroMakanan Negara 2011-2020 (DAN) telah dilancarkan, mensasarkan untuk transformasi industri Agromakanan kepada industri yang leb ih moden dan dinamik.

"Ia berobjektif untuk menjamin bekalan makanan, menjadi indusri agromakanan berdaya saing dan mampan serta meningkatkan sumbangan ekonomi kepada negara dan usaha tani," katanya lagi.

Jabu, yang juga memegang portfolio Menteri Permodenan Pertanian berkata demikian dalam ucapannya pada Perasmian Simposium Kebangsaan Antaranbangsa Agrobiodiversiti dan Agropersekitaran (A-BES) 2014 di sebuah hotel berhampiran bandar di sini pagi tadi.

A-BES 2014 anjuran Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) merupakan simposiaum pertama yang dianjurkan seumpamanya, dan merupakan gabungan dua persidangan yang sebelum ini dilaksanakan secara berasingan iaitu Persidangan Kebangsaan agrobiodiversiti dan Persidangan Kebangsaan Agropersekitaran.

MARDI selaku penganjur utama dengan mengajur bersama iaitu Bioversiti International, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Jabatan Perikanan serta sokongan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)dan Kerajaan Negeri Sarawak melalui Sarawak Convesion Bureau (SCB). 

Simposium  ini dianjurkan bagi menyokong dasar dan usaha pihak kerajaan dalam menghasilkan sektor pertanian yang lestari dan berdaya saing, demi mencapai jaminan keselamatan dan nutrisi makanan negara. 

Selain daripada itu, simposium ini juga bertujuan mengumpul pakar dalam bidang berkaitan agrobiovidersiti dan agropersekitaran, untuk berkongsi pengetahuan dan maklumat berkenaan kepentingan pemuliharaan dan pengguanan sumber agroboidiversiti secara lestari, serata pengurusan agropersekitaran secara bijaksana di Malaysia.

Simposium yang bertemakan “Suistaninable Agro-Ecosystem  Mnagement for Rapid and Higt Impact Development” ini akan dihadiri olehn seramai  180 peserta daripada dalam dan luar negara (India, Indonesia, China) yang terlibat sebagai pembentang ucap utama, pembentang plenari,pembentang lisan dan poster dalam bidang agrobiodiversiti dan agropersekitaran.

Penyertaan adalah daripada 15 agensi kerajaan, swasta dan universiti. Selain daripada pembentangan lima (5) kertas kerja saintifik, simposium ini juga melibatkan lawatan teknikal di The Tangang System, Kampung Terbat , Serian, Taman Negara Bako dan Pusat Biodiversiti Sarawak.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga MARDI Dato’ Mohd Fadil Osman, Timbalan Ketua Pengarah (Pemindahan & Pengkomersilan Teknologi) MARDI  Dr Umi Kalsom Abu Bakar dan jemputan yang lain. -Sarawakiana
Sektor Pertanian Masih Relevan Di Sarawak Sektor Pertanian Masih Relevan Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on September 15, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.