Seo Services

Seorang Pengarah sebuah pasaraya terkemuka ditemui mati di Kuching

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang Pengarah sebuah pasaraya terkemuka ditemui mati tertiarap di dalam sebuah longkang  di  Jalan Tun Razak disini pada awal pagi tadi.

Mangsa yang ditemui maut dalam kejadian yang berlaku lebih kurang jam 3.05 pagi itu merupakan pemilik kereta BMW yang telah ditinggalkan ditepi jalan dalam keadaan enjin masih hidup tetapi tiada sesiapa dijumpai dalam kereta tersebut ketika pihak anggota MPV yang membuat rondaan di lokasi berkenaan.
Berikutan dengan penemuan kereta tersebut pihak polis yang meronda meninjau kawasan sekitar dan menjumpai seorang lelaki dalam keadaan tertiarap.
Jarak diantara kenderaan dengan mayat yang telah dijumpai itu lebih kurang 10 meter dari tempat kejadian.
Difahamkan, mangsa tersebut dijumpai mati dalam keadaaan mabuk. Terdapat kesan kecederaan pada bahagian kulit kepala mangsa yang terkopek dipercayai kesan daripada jatuh ke dalam longkang.
Menurut siasatan oleh pasukan forensik di tempat kejadian, tiada sebarang unsur-unsur jenayah pada tempat kejadian dan juga pada diri mangsa itu.
Juga difahamkan barang-barang milik peribadi mangsa juga masih berada didalam keadaan baik dan akan dibedah siasat pada petang ini.-Sarawakiana
Seorang Pengarah sebuah pasaraya terkemuka ditemui mati di Kuching Seorang Pengarah sebuah pasaraya terkemuka ditemui mati di Kuching Reviewed by uMieySurianie on September 04, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.