Seo Services

Wanita ini Gemar Memakan Lilin ?


 
SESETENGAH orang mempunyai tabiat menggigit kuku yang dianggap tidak sihat kerana boleh mentebabkan pelbagai penyakit.
 
Tetapi kembar berumur 50 tahun dari Bradford, England ini mempunyai ketagihan pelik akibat masalah gangguan makanan atau Pica yang menyebabkan mereka cenderung memakan bahan tertentu.
 
Adele mendakwa dia gemar memakan lilin sejak berumur lapan tahun dan ia lansung tidak mendatangkan kesan buruk kepada kesihatannya.
 
Kembarnya, Anita memberitahu dia mengalami Pica ketika kira-kira 24 tahun lalu.
 
“Saya mula mengidam objek yang berbau seperti tiket bas lama dan akhirnya menemui bau sama pada buku terpakai. Rasanya juga lebih enak seperti memakan bar coklat,”katanya.
 
Ahli psikologi, Macia Karp memaklumkan terdapat banyak faktor yang menyebakan seseorang ketagih untuk mengambil ‘makanan’ pelik sepanjang hidup mereka.
 
“Sebagai contoh, Pica mungkin dialami sesetengah wanita hamil dan kadang-kadang disebabkan oleh defisit mineral,”jelasnya kepada DailyMail.

SUMBER
Wanita ini Gemar Memakan Lilin ? Wanita ini Gemar Memakan Lilin ? Reviewed by uMieySurianie on September 09, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.