Seo Services

Warga tua ditemui mati


KUCHING: Seorang wanita yang tinggal bersendirian telah ditemui mati di rumah kediamannya di Jalan Kapor disini petang tadi.

Wanita berkenaan dikenali sebagai Yeo Bee Hoon @ Yeo Ah Ya, 72 tahun.

Difahamkan anak saudaranya yang tinggal berdekatan dikatakan pergi menghantar makan malam kepada mangsa namun merasa hairan apabila makanan yang telah dihantar pada tengah hari itu tidak dibawa masuk kedalam rumah.

Risau dengan keselamatan ibu saudaranya itu, anak saudaranya itu telah menjenguk kedalam rumah melalui tingkap dan mendapati ibu saudaranya telah terbaring di atas lantai ruang tamu manakala rumah tersebut terkunci dari bahagian dalam.

Sehubungan dengan itu, anak saudara mangsa telah pergi membuat laporan polis di Balai Polis Satok dan memohon bantuan dari pihak bomba dan pihak hospital untuk pergi ke rumah tersebut dan mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Kejadian ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek dan  siasatan awal kes mendapati tiada tanda rumah mangsa telah dipecah masuk dan tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku.-Sarawakiana
Warga tua ditemui mati Warga tua ditemui mati Reviewed by Unknown on September 08, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.