Seo Services

BAM Sahkan Atlet Gagal Ujian Dadah



Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa seorang daripada atletnya gagal ujian dadah di satu kejohanan utama tahun ini namun tidak mendedahkan identiti pemain terbabit.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria pada mesyuarat khas persatuan itu berhubung isu berkenaan.

Ia adalah pengumuman rasmi pertama yang dibuat oleh pegawai dari persatuan itu mengenai isu positif doping.

Ujian ke atas sample B milik atlet kebangsaa yang gagal ujian doping itu akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan di sebuah makmal di Oslo, Norway.

Media sebelum ini banyak melaporkan bahawa atlet terbabit adalah pemain badminton, Datuk Lee Chong Wei yang memenangi gangsa pada Sukan Asia baru-baru ini di Incheon, Korea Selatan.
BAM Sahkan Atlet Gagal Ujian Dadah BAM Sahkan Atlet Gagal Ujian Dadah Reviewed by Unknown on October 27, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.