Seo Services

Bila Sekolah Agama Jadi 'Hotel'


Satu unit dewan orang ramai dan bangunan sekolah agama yang tidak lagi digunakan di sebuah kampung di Labu, dekat sini, diubah suai pihak tertentu untuk dijadikan bilik sewaan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak enam bulan lalu dan sehingga kini puluhan PATI menginap di situ dengan membuat bayaran antara RM50 hingga RM100 sebulan.

Difahamkan, setiap bilik dibina dengan papan lapis dan boleh memuatkan dua orang pada satu-satu masa dengan jumlah keseluruhan sebanyak 26 bilik.

Hasil perbualan bersama penduduk setempat, Harian Metro dimaklumkan pihak yang mendalangi kegiatan itu dikatakan meraih pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.

Seorang penduduk yang enggan dikenali mendakwa, dua premis itu menjadi sarang PATI bersembunyi mengelak dicekup pihak berkuasa.-HM
Bila Sekolah Agama Jadi 'Hotel' Bila Sekolah Agama Jadi 'Hotel' Reviewed by Unknown on October 01, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.