Seorang ahli sejarah menggali 150 kubur supaya dia dapat memakaikan mayat itu dengan pelbagai fesyen pakaian umpama remaja yang menghadiri parti hari lahir.
Warga Rusia, Anatoly Moskvin mengeluarkan mayat kanak-kanak perempuan berusia antara tiga hingga 12 tahun itu semata-mata untuk memenuhi fantasinya yang pelik.
Dia kemudiannya membawa mayat itu pulang dan menghiasi setiap mayat di mana ada antaranya hanya tinggal rangka dengan stokin dan gaun dan juga patung beruang.
Moskvin yang fasih 13 bahasa dan digambarkan sebagai seorang yang 'pintar' itu turut memberikan nama kepada setiap mayat yang menghadiri parti yang dianjurkan itu.
Video yang dirakamkan Moskvin dan ditemui di pangsapurinya oleh penyiasat menunjukkan timbunan baju kahwin dan pelbagai jenis pakaian berwarna-warni diletakkan pada satu sudut kediamannya.
Dalam sebuah bilik pula, dapat dilihat wajar budak perempuan yang dibalut dengan fabrik kuning air dan ketika itu suara latar dalam video itu berkata: "Patung ini dibuat daripada mayat yang dimumia."
Polis berkata, Moskvin juga mengumpulkan maklumat dari semasa ke semasa mengenai kisah hidup setiap budak perempuan yang digalinya dan mencetak cara bagaimana menghasilkan patung daripada mayat manusia.
Obsesinya yang mengerunkan itu terbongkar apabila ibu bapanya melawatnya selepas pulang dari bercuti.
Lelaki berusia 46 tahun dari bandar Nizhni Novgorod di tengah Rusia itu ditahan pada 2011, tetapi kini timbul cerita dia tidak akan dihadapkan ke mahkamah atas perbuatan jenayahnya.
Selepas tiga tahun menjalani rawatan di klinik psikiatrik, dia didapati masih tidak bersedia untuk melalui proses perbicaraan.
"Dia akan terus ditempatkan di klinik untuk menjalani rawatan psikiatrik," kata jurucakap pihak pendakwaan. - mStar
Gali 150 Mayat Untuk Ke Parti Hari Lahir
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 25, 2014
Rating:
No comments: