SIBU: Gara-gara seorang janda beranak satu, dua lelaki bergaduh dengan pisau mengakibatkan kedua-duanya cedera.
Dalam kejadian di sebuah rumah pekerja berhampiran lampu isyarat Jalan Lada di sini pada jam 1.30 pagi kelmarin, seorang lelaki, 23, mendakwa ‘bakal isterinya’ itu enggan membenarkan dia masuk ke dalam rumah.
Lelaki tersebut berasal dari Tatau, Bintulu memberitahu ‘bakal isterinya’ mengugut mencederakan dirinya serta memegang pisau sekiranya dia masuk ke dalam rumah.
Ketika mereka sedang bercakap di depan pintu rumah, lelaki tersebut terdengar satu bunyi mencurigakan dan ternampak kelibat seseorang di dalam rumah berkenaan.
Mengesyaki sesuatu tidak kena serta tahu bahawa ahli keluarga wanita tersebut tiada di rumah, lelaki terbabit bertindak memasuki rumah tersebut melalui tingkap.
Apabila lelaki tersebut berjaya masuk ke dalam rumah, dia terkejut selepas ternampak seorang lelaki lain dikenalinya berada dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai seluar pendek manakala ‘bakal isterinya’ hanya berkemban sahaja.
Satu pergelutan berlaku antara kedua-dua lelaki terbabit kemudiannya mengakibatkan mereka masing-masing mengalami kecederaan.
Lelaki berasal dari Tatau itu mengalami kecederaan di hidung, mulut dan leher manakala lelaki di dalam rumah tersebut mengalami kecederaan di lengan kiri, belakang dan paha.
Laporan polis diterima mengenai insiden tersebut jam 4.43 pagi yang sama.
Polis bertindak daripada maklumat pergi ke lokasi kejadian melakukan siasatan dan menahan seorang lelaki berumur 19 tahun.
Turut dirampas ialah sebilah pisau tanpa hulu yang diserah sendiri oleh suspek semasa di Balai Polis Hulu Lanang.
Polis juga bertindak mena-han lelaki yang pergi ke rumah wanita terbabit dan mereman kedua-dua lelaki itu selama tiga hari sehingga hari ini.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. - UB
Gara-gara Mak Janda, Dua Lelaki Bergaduh
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 22, 2014
Rating:
No comments: