Seo Services

Hamba Seks ISIS Diperkosa 30 Kali Dalam Beberapa Jam


Seorang wanita Yazidi (salah satu etnik Kurdis) didakwa hamba seks militan ISIS merayu agar rumah pelacuran tempat dia disimpan dibom, lapor portal berita Daily Mail.

Wanita tersebut dikatakan memberitahu, dia telah dirogol 30 kali oleh ramai tentera hanya dalam masa beberapa jam.

Difahamkan, wanita yang dirahsiakan identitinya dan ditempatkan di sebuah kediaman yang terletak di barat Iraq itu ditangkap oleh militan ISIS ketika tragedi pembunuhan beramai-ramai di Sinjar, awal Ogos lalu.

Ketika tragedi tersebut terdapat wanita telah diculik, setengahnya dijual manakala sebahagian lagi dikatakan menjadi hamba seks ISIS.

Menurut kumpulan aktivis Kurdis yang mengecam perjuangan ISIS, wanita tersebut sempat menghubungi anggota mereka menggunakan telefon lalu memohon supaya rumah pelacurannya dibom supaya deritanya dan wanita tahanan di sana segera berakhir.

Antara pengakuannya adalah tidak tahan diperkosa hampir sepanjang masa hingga tidak sempat ke tandas dan mengaku akan tetap membunuh diri meski pun jika diselamatkan.

Kisah wanita ini tersebar selepas ia diceritakan seorang aktivis Kurdis kepada BBC dalam satu temu bual berkaitan demonstrasi diadakan kumpulan mereka di London.

Seorang lelaki dikenali sebagai Karam menyokong cerita ini dengan mendakwa, kawannya adalah individu yang menjawab panggilan wanita Yazidi tersebut.

Menggambarkan wanita malang tersebut bercakap di telefon sambil menangis tersedu-sedu, antara bicaranya adalah: “Jika anda tahu di mana saya berada tolonglah letupkan.. tak ada kehidupan lagi selepas ini. Apa pun saya tetap mahu tamatkan nyawa ini – yang lain ada yang sudah bunuh diri pagi tadi.

“Saya telah diperkosa 30 kali sejak pagi. Saya tak dapat pergi ke tandas sekali pun. Tolonglah bom tempat ini.” - MyNewsHub
Hamba Seks ISIS Diperkosa 30 Kali Dalam Beberapa Jam Hamba Seks ISIS Diperkosa 30 Kali Dalam Beberapa Jam Reviewed by Salfian Nawawi on October 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.