Seo Services

Kerajaan Sentiasa Bela Kaum India


MARAN: Kerajaan sentiasa memberikan pembelaan kepada masyarakat India di negara ini dengan menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan dalam bidang pendidikan, ekonomi, perniagaan dan kewangan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abdul Mutallib berkata peruntukan RM50 juta, yang dicadang dalam Bajet 2015 sebagai pinjaman kepada usahawan dan peniaga masyarakat itu, jelas membuktikan kerajaan serius membantu meningkatkan taraf hidup kaum India.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Deepavali anjuran MIC Bahagian Maran di Seri Jaya Maran di sini pada Khamis.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri Luit Norhidayah Mohd Sahaimi dan Ketua MIC Bahagian Maran M. Punggamanan.

Ismail, yang juga Anggota Parlimen Maran, kerajaan memperuntuk RM100 juta tahun ini untuk masyarakat India memajukan diri dalam bidang pendidikan, perniagaan serta sosioekonomi.

Beliau turut menggesa mereka memanfaatkan pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN), latihan kemahiran serta perumahan untuk masa depan mereka. - Bernama
Kerajaan Sentiasa Bela Kaum India Kerajaan Sentiasa Bela Kaum India Reviewed by Salfian Nawawi on October 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.