Seo Services

Lima Wanita Penyebar Ajaran Sesat Milah Abraham Antara Yang Ditahan


KUALA LUMPUR : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan lokasi penyebaran ajaran sesat dikenali Milah Abraham, di sebuah pusat perniagaan dekat Cheras, malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam oleh sekumpulan 30 penguatkuasa JAWI itu, 16 individu dewasa berusia sekitar 30-an hingga 50-an ditahan, membabitkan 11 lelaki dan lima wanita.

Turut ditahan dalam serbuan itu ialah tujuh kanak-kanak dipercayai anak kepada suspek dewasa berkenaan.

Dalam pemeriksaan hampir sejam di premis dua tingkat itu, barang milik semua individu termasuk telefon bimbit, komputer serta beberapa naskhah kitab turut dirampas.

Ketika anggota penguatkuasa menyerbu premis terbabit, semua pengikut kumpulan berkenaan sedang khusyuk mendengar ceramah di dalam sebuah kelas dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 40-an.

Kesemua mereka kini dihantar ke Ibu Pejabat JAWI bagi pemeriksaan lanjut.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Operasi JAWI, Muhamad Rais Rashid yang ditemui selepas serbuan itu memaklumkan, individu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan penyebaran ajaran yang bertentangan dengan Islam.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah pengikut kumpulan berkenaan lebih besar berbanding yang ditahan malam ini.

Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan, termasuk meneliti latar belakang semua individu yang ditahan sebelum proses pendakwaan.-BH
Lima Wanita Penyebar Ajaran Sesat Milah Abraham Antara Yang Ditahan Lima Wanita Penyebar Ajaran Sesat Milah Abraham Antara Yang Ditahan Reviewed by Unknown on October 21, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.