Seo Services

Pengeluaran Lesen Pembalakan Baru Dihentikan Berkuatkuasa Serta Merta


PADAWAN: Pihak Kerajaan Negeri Sarawak dengan ini menghentikan pengeluaran lesen pembalakan baru berkuatkuasa serta merta sebentar tadi.

Hal ini adalah bagi mengekang aktiviti pembalakan haram dan penerokaan hutan yang tidak terkawal dimana telah menyebabkan kerugian banyak hasil negeri, selain kemusnahan alam sekitar.

Menurut Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika mengumumkan perkara tersebut, berkata pihaknya juga akan meningkatkan operasi pemantauan dan penguatkuasaan terhadap syarikat pemegang konsesi pembalakan sedia ada bagi memastikan mereka beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) serta syarat lesen yang diberikan.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Perancangan Strategik Kementerian Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak di Borneo Highlands Resort, di sini sebentar tadi.-Sarawakiana
Pengeluaran Lesen Pembalakan Baru Dihentikan Berkuatkuasa Serta Merta Pengeluaran Lesen Pembalakan Baru Dihentikan Berkuatkuasa Serta Merta Reviewed by Unknown on October 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.