Seo Services

Perutusan Perdana Menteri Sempena Maal Hijrah 1436H


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perutusan sempena Maal Hijrah 1436H di NajibRazak.com menyatakan tarikh 1436 Hijrah ini, mengingatkan kita kepada penetapan takwim Islami oleh Amirul Mukminin Saiyidina Umar al-Khattab r.a. yang merupakan satu bentuk inovasi dalam urus tadbir terbaik pemerintahan Khilafah Islamiah pada waktu itu.

"Sudah tentu, Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang progresif, sentiasa mencontohi serta menjiwai roh dan semangat peristiwa hebat ini sebagai tunjang kepada transformasi dan pembangunan negara yang realitinya mempunyai masyarakat majmuk berbilang kaum."

"Justeru, dengan berwahanakan Gagasan 1Malaysia, kita menggarap semangat Hijrah ini ke dalam agenda transformasi nasional," katanya sambil menambah prinsip penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial perlu dijadikan asas bermasyarakat melatari landskap kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni.

Semestinya, kita bersepadu usaha dalam agenda menegakkan syiar dan syariat Allah. Isyarat inilah yang dinyatakan dengan jelas oleh Allah SWT di dalam surah al-Anfaal ayat ke-73 (yang bermaksud):

“Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar.”

"Berpandukan kepada semangat Hijrah, saya telah membentangkan ‘Bajet Tahun 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat’ bagi terus memperkukuh kemapanan ekonomi, memperkasa transformasi dan mendahulukan keperluan rakyat."

Harapan kita, Malaysia akan berkembang dan terus berkembang melalui perlaksanaan program-program transformasi ekonomi yang telah kita rancang dan laksanakan, katanya lagi.

"Kejayaan Malaysia menduduki kerusi Anggota Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) adalah bukti pengiktirafan dunia kepada Kerajaan dan seluruh Rakyat Malaysia."

Najib menyatakan malah ini juga perlu dilihat sebagai satu penerimaan dunia kepada pendekatan wasatiyyah yang berpaksikan Maqasid Syariah dalam pentadbiran negara.

"Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa agar kehadiran tahun 1436 Hijrah ini menghampirkan lagi kita kepada ketakwaan kepada Allah SWT. Semoga tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” ini, menjadi peneguh kepada cita-cita kita semua." - Sarawakiana
Perutusan Perdana Menteri Sempena Maal Hijrah 1436H Perutusan Perdana Menteri Sempena Maal Hijrah 1436H Reviewed by Salfian Nawawi on October 24, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.