Seo Services

PKNS Tidak Terima Laporan Salah Laku Azmin Ali


SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menegaskan pihaknya tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai salah laku rasuah terhadap Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, dalam satu kenyataan, berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga berhak membuat siasatan dan PKNS bersedia memberi kerjasama.

Beliau berkata demikian bagi merujuk laporan media berkaitan dakwaan salah laku rasuah ketika Azmin memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.

Ishak berkata, PKNS adalah organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan adalah Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.

Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan itu.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urus niaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral.- BERNAMA
PKNS Tidak Terima Laporan Salah Laku Azmin Ali PKNS Tidak Terima Laporan Salah Laku Azmin Ali Reviewed by Unknown on October 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.