Bekas Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Petra Jaya Idris Bohari percaya ramai yang akan mengikut langkahnya meninggalkan PKR Sarawak kerana kecewa dengan masalah dalaman parti itu.
Idris, 52, yang pernah menjadi setiausaha eksekutif PKR negeri yang dipetik dari Bernama sebagai berkata beliau juga berhasrat untuk melupakan politik pembangkang.
Tanpa menyatakan berapa ramai yang dijangka akan mengambil langkah sama (meninggalkan PKR), Idris, yang mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta-merta meluahkan kekecewaannya terhadap pergolakan dalaman dan kepimpinan PKR.
Beliau juga yakin masalah dalaman serta krisis kepercayaan yang berlaku dalam PKR akan menjurus kepada lebih ramai lagi ahli PKR di Sarawak akan keluar meninggalkan parti itu.
Idris juga menyatakan yang dia sebaliknya akan berkecimpung dengan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai platform baharu untuk bagi memneri sumbangan kepada masyarakat.
Sebelum ini, beliau pernah bertanding sebagai calon PKR dalam dua pilihan raya umum dan pada pilihan raya negeri lepas. - Sarawakiana
Ramai Ahli PKR Sarawak Di Jangka Akan Keluar Parti
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 26, 2014
Rating:
No comments: