Seo Services

Rasuah: Lebih 24 Anggota Penguat Kuasa Lima Agensi Ditahan


KUALA LUMPUR: Ops Belot bagi memerangi rasuah mengesan lebih 24 anggota membabitkan lima agensi penguatkuasaan menerima wang sogokan secara bulanan sebagai balasan melindungi pengusaha cakera padat digital (VCD) dan cakera video digital (DVD) cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.

Berdasarkan maklumat, didapati pegawai penguat kuasa dari agensi seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) terbabit dalam kegiatan melepas dan melindungi pengusaha berkenaan dan diberi habuan bulanan.

Sumber memberitahu, pemantauan dan siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak beberapa bulan lalu menunjukkan modus operandi kegiatan ini bermula dengan anggota penguat kuasa terbabit melakukan pemeriksaan di premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak di sekitar Pulau Pinang.

"Setelah mendapati premis tersebut menjual VCD dan DVD cetak rompak, maka sasaran akan berjumpa terus dengan pengusaha untuk berbincang.

"Dalam perbincangan itu, sasaran akan meminta bayaran wang rasuah secara bulanan untuk tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengusaha dan seterusnya bertindak melindungi perniagaan VCD dan DVD cetak rompak tersebut pada masa akan datang.

"Bayaran wang rasuah secara bulanan ini akan dibayar sama ada secara tunai terus kepada sasaran atau melalui akaun bank (samada akaun bank sendiri atau proksi) yang diberi oleh sasaran kepada pengusaha VCD dan DVD cetak rompak," katanya.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Jamidan Abdullah mengesahkan perkara ini.

Dalam pada itu, kata sumber berkenaan, selagi bayaran dibuat, pengusaha premis perniagaan VCD dan DVD cetak rompak bebas menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan.

"Tangkapan telah dilakukan oleh Cawangan Perisikan Khas terhadap 24 individu yang terlibat.

"Kesemua akan didakwa pada waktu terdekat dan ada yang dikenakan tindakan tatatertib," katanya. - mStar
Rasuah: Lebih 24 Anggota Penguat Kuasa Lima Agensi Ditahan Rasuah: Lebih 24 Anggota Penguat Kuasa Lima Agensi Ditahan Reviewed by Salfian Nawawi on October 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.