Seo Services

Rossi Raih Kemenangan Juarai MotoGP Di Australia


PHILLIP ISLAND: Valentino Rossi dari Itali memenangi gelaran kali keenam, Grand Prix Australia - yang pertama sejak 2005 - selepas dia menang dengan kelebihan 10 saat ke atas penunggang Sepanyol, Jorge Lorenzo, hari ini.

Juara dunia, Marc Marquez dari Sepanyol yang mengesahkan kejuaraan musim ini di Jepun, minggu lalu terbabas dengan berbaki 10 pusingan ketika mendahului dengan empat saat pada Litar Phillip Island berjarak 4.5-kilometer.

Marquez tergelincir di atas tarmac sebelum diheret ke kawasan rumput tetapi tidak mengalami kecederaan teruk.

Insiden itu menyaksikan Rossi berada di depan pada pusingan ke-18 bagi mengatasi pelumba Yamaha, Lorenzo dan pelumba Britain, Bradley Smith.

"Apabila saya melihat Marc terbabas ia satu kejutan. Adalah satu pencapaian terbesar untuk menang di Phillip Island selepas kejayaan terakhir saya di sini pada 2005," kata Rossi.

"Saya suka trek di sini dan saya memenangi dua kejohanan dunia paling penting dalam kerjaya saya pada 2001 dan 2004.

"Saya menang sekali lagi di sini pada 2005 tetapi saya sudah banyak kali naik ke podium sejak itu....cuma tidak menang."

Ini adalah kemenangan penuh bermakna untuk penunggang tersohor dari Itali itu sepanjang pembabitan ke-250 beliau pada kelas premium bagi meraih kemenangan ke-82.

Kemenangan Rossi itu sekali gus mendahului lapan mata ke atas Lorenzo yang berada di tangga kedua kejuaraan dunia di belakang Marquez dengan tinggal baki dua perlumbaan di Sepang dan Valencia. - AFP
Rossi Raih Kemenangan Juarai MotoGP Di Australia Rossi Raih Kemenangan Juarai MotoGP Di Australia Reviewed by Unknown on October 19, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.