Seo Services

Sebanyak 1,582 Kes Demam Denggi Dicatat Di Sarawak


SIBU: Sebanyak 1,582 kes demam denggi terkumpul dicatatkan di negeri ini dengan tiga kematian pada tempoh 10 bulan tahun ini, iaitu sehingga 20 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Datu Dr Zulkifli Jantan berkata, peningkatan kes ini memerlukan kesedaran orang ramai terutama dalam menjaga kebersihan persekitaran.

“Ini termasuk bekas makanan styrofoam yang dibuang merata-rata dan menakung air. Ia menjadi tempat pembiakan nyamuk,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Zulkifli menjelaskan, alas pasu bunga yang menakung air sering menjadi tempat biasa bagi pembiakan nyamuk aedes.

Katanya, orang ramai seharusnya sentiasa menanam sikap suka menjaga kawasan persekitaran termasuk melupus sampah sarap serta bahan buangan lain dengan betul.

“Apa yang paling penting ialah meluangkan masa selama 10 minit seminggu untuk mencari serta memusnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes di kawasan masing-masing.

“Setakat ini, tiga kematian akibat demam denggi dicatatkan di Sarawak pada tahun ini,” jelasnya.

Justeru, menyedari kesan buruk penggunaan bekas makanan styrofoam, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) mengharamkan penggunaaan bekas makanan tersebut awal tahun ini.

Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) pula mengambil langkah sama dengan mengharam penggunaan bekas makanan itu baru-baru ini.

Timbalan Pengerusi MDLBS Oliver Kuo berkata, penggunaan bekas makanan styrofoam dihentikan kerana tidak mesra alam, selain mengambil masa lama untuk lupus.

“Pada masa sama, bekas makanan ini boleh menakung air hujan seterusnya menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya.

Oliver memberitahu, MDLBS akan terus mendidik pengusaha kedai makan supaya menghentikan penggunaan bekas makanan styrofoam itu. “Ramai pengusaha kedai makan bersetuju berhenti menggunakan bekas makanan ini selepas bekalan lama mereka habis,” kata Kuo lagi.-UB
Sebanyak 1,582 Kes Demam Denggi Dicatat Di Sarawak Sebanyak 1,582 Kes Demam Denggi Dicatat Di Sarawak Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.