Seo Services

Seorang Jemaah Haji Sarawak Meninggal Dunia


MAKKAH: Salah seorang dari dua jemaah haji yang meninggal dunia baru-baru ini di Mina adalah dari Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini menjadikan jumlah kematian jemaah haji Malaysia sehingga kini seramai sembilan orang.

"Kedua-dua jemaah haji lelaki berkenaan ialah Osman Abdullah @ Wee Chen Kian, 64, dari Kampung Sageng, Simunjan, Sarawak dan Abdul Hamid Hussain, 84 tahun (Tempat asalnya tidak diketahui)."

"Osman meninggal dunia kerana jangkitan paru-paru di Pusat Rawatan Syisyah yang dikendalikan Tabung Haji dengan kerjasama Kementerian Kesihatan."

"Sementara Abdul Hamid meninggal dunia akibat sakit jantung di hospital Arab Saudi," katanya kepada media Malaysia selepas menziarahi pesakit di Pusat Rawatan Syisyah di sini Ahad malam.

"Setakat ini seramai 66 jemaah haji Malaysia sedang dirawat di hospital Arab Saudi dan pusat perubatan kendalian TH dan Kementerian Kesihatan."

"Manakala, seramai tujuh jemaah haji dimasukkan ke hospital Arab Saudi, iaitu empat di Hospital King Abdul Aziz di sini, satu di Mina dan dua lagi di Arafah," katanya lagi. - Sarawakiana
Seorang Jemaah Haji Sarawak Meninggal Dunia Seorang Jemaah Haji Sarawak Meninggal Dunia Reviewed by Salfian Nawawi on October 06, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.