KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-21 (AIM 21) dengan lapan pencalonan termasuk Album Terbaik menerusi album Fragmen.
Single pertama daripada album tersebut iaitu Lebih Indah turut dicalonkan dalam dua kategori iaitu Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu.
Manakala lagu Jagalah Dia Untukku dicalonkan dalam kategori Lagu Pop Terbaik bersaing dengan Alyah (Sesal Separuh Nyawa), Shila Amzah (Tulus) manakala Alif Satar mempertaruhkan dua lagu iaitu Kerna Dia dan Kesempatan Kedua.
Shila turut menerima tiga lagi pencalonan iaitu Persembahan Vokal Terbaik Wanita (Masih Aku Cinta), Rakaman Album Terbaik dan Album Terbaik.
Pada tahun ini juga menyaksikan Siti Nurhaliza, 34, membuat kemunculan dalam kategori Lagu Pop Etnik menerusi lagu Popaleh Weh.
Artis lain yang dicalonkan juga dalam kategori tetsebut adalah Noraniza Idris, Azmir Arif, Fauziah Suhaili dan Ahmad Fedtri Yahya.
Siti Nurhaliza turut menerima pencalonan dalam kategori Kulit Album Terbaik, Rakaman Album Terbaik (Fragmen dan Konsert Lantera Timur Datuk Siti Nurhaliza Bersama Orkestra Tradisional Malaysia).
Sementara itu, Joe Flizzow mendapat enam pencalonan pada AIM kali ini menerusi album solonya, Havoc dan kolaborasi bersama kumpulan Sleeq, Ila Damiaa dan SonaOne.
Untuk album Havoc, Joe dicalonkan dalam kategori Video Muzik Terbaik menerusi lagu Apa Khabar dan ia turut menerima pencalonan dalam Lagu Hip Hop Terbaik.
Lagu Havoc dan Tepi Sikit kolaborasi bersama Sleeq turut dicalonkan dalam kategori sama.
Joe juga turut mendapat pencalonan dalam kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu duet bersama Illa Damiaa iaitu Di Sebalik.
Dalam pada itu, bagi kategori Album Terbaik, calon yang turut bertanding adalah Salamiah Hassan (Aku), Stacy (#1), dan Wings (Menakluk Kosmos).
Bagi kategori Artis Baharu Terbaik, lima artis yang tercalon adalah Azmarul Azuan, Fakhrul Razi, Poova, Russell Curtis Project dan SonaOne.
SonaOne turut dicalonkan dalam kategori Lagu Inggeris Tempatan Terbaik iaitu No More.
Antara calon lain yang bertanding adalah Liza Hanim, Akim Ahmad, Forteen, Azhael, Noraniza Idris, Nora dan Spider.-mStar
Siti Nurhaliza Terima Pencalonan Terbanyak AIM 24
Reviewed by Unknown
on
October 22, 2014
Rating:
No comments: