Seo Services

Tasha Shilla Kesal Digelar 'Gadis Liar'

foto sumber
Pelakon Tasha Shilla kesal dengan tohmahan sesetengah pihak yang melabelnya sebagai 'gadis liar' berhubung gosip mengatakan dia melakukan perkara tidak senonoh bersama kekasihnya di sebuah lokasi penggambaran baru-baru ini.

Tasha, 28, bagaimanapun berkata, sebagai seorang selebriti dia tidak cepat melatah apabila timbul cakap-cakap sedemikian sebaliknya terus kekal positif dan fokus terhadap kerjayanya sebagai pelakon.

"Sudah tentu saya kecewa dengan label sebegitu dan bagi saya tuduhan seperti itu tidak adil kerana sesetengah orang begitu mudah menghukum tanpa mengetahui situasi sebenar.

"Pun begitu saya harus anggap ia adalah lumrah biasa sebagai seorang selebriti dan apa yang boleh saya lakukan kekal positif dan meneruskan kerja saya seperti biasa," katanya kepada mStar Online.

Tasha ditemui pada majlis memperkenalkannya sebagai pengacara bersama Anugerah Skrin 2014 di Sri Pentas, Bandar Utama di sini pada Isnin lalu.

Tujuh artis lain yang bakal bersamanya pada malam kemuncak itu nanti adalah Zul Ariffin, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana manakala Fahrin Ahmad bertindak sebagai hos utama.

ASK 2014 bakal berlangsung pada 7 November depan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada pukul 8 malam.-mStar
Tasha Shilla Kesal Digelar 'Gadis Liar' Tasha Shilla Kesal Digelar 'Gadis Liar' Reviewed by Unknown on October 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.