Seo Services

Video Panas Klon UAI Untuk Burukkan Imej Islam



Sejak malam tadi terdapat usaha memburukkan peribadi penceramah agama Ustaz Azhar Idrus dengan menyebarkan video panas atas ranjang seorang pelakon yang menyerupai penceramah tersebut.

Sungguhpun kurang jelas motif pihak berkenaan, pemerhatian mykmu mendapati adegan tersebut merupakan satu lakonan kerana kamera yang digunakan boleh di “zoom” dan berubah kedudukan.

Ini bermakna rakaman tersebut dilakukan secara sedar oleh pelaku yang menyerupai Azhar Idrus.

Adalah mustahil untuk pelakon tersebut membenarkan aksi beliau dirakam jika beliau adalah Azhar Idrus.

Ini berbeza dengan video Datuk Seri Anwar Ibrahim tempoh hari kerana ia dilakukan oleh kamera tersembunyi yang statik. Dalam kes Anwar, perakam pula merupakan sahabat beliau dan mengakui kejadian tersebut.

Berdasarkan video “Azhar idrus” ini nyata ia merupakan permainan pihak tertentu yang mungkin sahaja atas tujuan menjatuhkan imej Islam.

Sementara itu Harian Metro, penyebaran video lucah di laman sosial yang kononnya mengaitkan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) hanyalah niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini.

Sambil menafikan pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.

“Bukan… jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.

“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini.

“Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang.

“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.

“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ditanya penerimaan UAI mengenai penyebaran video lucah mirip dirinya itu, Zulkifli berkata, UAI masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.-MYKMU.NET
Video Panas Klon UAI Untuk Burukkan Imej Islam Video Panas Klon UAI Untuk Burukkan Imej Islam Reviewed by uMieySurianie on October 23, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.