Seorang pemain bola sepak Liga Perdana Mizoram, India maut apabila gagal melakukan gaya balik kuang (somersault) dengan sempurna ketika ingin meraikan gol bersama rakan sepasukan.
Peter Biaksangzuala, 23, disahkan meninggal dunia di hospital pada Ahad selepas dipercayai mengalami kecederaan serius di tengkuk apabila gagal merebahkan badan dengan baik semasa melakukan aksi balik kuang.
The 23-year-old attempted a somersault celebration in the Indian Mizoram Premier League match
Biaksangzuala melakukan aksi balik kuang selepas berjaya menghasilkan jaringan untuk kelabnya, Bethlehem Vengthlang FC pada minit ke-62 ketika menentang Chanmari West FC.
The midfielder's celebration (ringed bottom) goes horribly wrong as he lands on his head in Tuesday's match
Aksi akrobatik itu sering dilakukan oleh ramai pemain bola sepak khususnya penjaring gol Jerman pada Piala Dunia lalu, Miroslav Klose.
Miroslav Klose has made the somersault celebration a trademark of his during an illustrious career
Pemain tengah itu dilaporkan dirawat di hospital selama lima hari sebelum doktor bertindak menghentikan alat penafasan selepas tiada reaksi positif.
Difahamkan Biaksangzuala telah menderma matanya kepada hospital berkenaan. - mStar
VIDEO: Pemain Bola Sepak Maut Selepas Buat Aksi Akrobatik
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 21, 2014
Rating:
Reviewed by Salfian Nawawi
on
October 21, 2014
Rating:

No comments: