Seo Services

Warga Itali Dilaporkan Hilang Di Lahad Datu


KOTA KINABALU: Polis Sabah memperhebat gerakan mengesan seorang lelaki warga Itali yang dilaporkan hilang di Lahad Datu, sejak seminggu lalu.

William Bocchi, 52, dilaporkan tiba di Lahad Datu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 1.05 tengah hari, pada 13 Oktober lalu.

Bagaimanapun, sebaik tiba mangsa yang bekerja sebagai jurujual dikatakan tidak dapat dikesan serta tidak menghubungi rakannya hingga kini.

Difahamkan, Bocchi sepatutnya pulang ke negara asalnya Khamis lalu, namun tidak berbuat demikian seperti dijadualkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata siasatan menunjukkan kali terakhir Bocchi menghubungi rakannya di Itali ialah pada 13 Oktober lalu dengan memaklumkan dia berada di Lahad Datu.

"Bocchi tidak menyatakan lokasi atau tujuannya berada di Lahad Datu dan selepas pelbagai usaha dilakukan untuk mengesan mangsa tidak berhasil, seorang rakannya di Kuala Lumpur menghubungi kenalannya di Lahad Datu sebelum membuat laporan polis.

"Berikutan itu, polis menggerakkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dengan bantuan Cawangan Khas untuk mengesan lelaki warga Itali terbabit," katanya di sini, sebentar tadi.

Jalaluddin berkata, antara lokasi tumpuan pencarian termasuk di hotel, lapangan terbang, hospital, motel dan rumah tumpangan selain pusat peranginan di sekitar daerah berkenaan.
Warga Itali Dilaporkan Hilang Di Lahad Datu Warga Itali Dilaporkan Hilang Di Lahad Datu Reviewed by Unknown on October 20, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.