Seo Services

Ahli Keluarga Sii Chung Huei Masih Enggan Ditemu Ramah


KUCHING: Usaha pengamal media di sini untuk mendapatkan maklum balas ahli keluarga ahli perniagaan Sii Chung Huei, seorang daripada penumpang pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang dilaporkan hilang sejak kelmarin masih menemui jalan buntu.

Ia merupakan hari kedua pengamal media datang ke rumah mangsa untuk menemu ramah ahli keluarga terdekat namun masih mendapat jawapan yang sama.

Menurut saudara terdekat Sii yang enggan dikenali, pihaknya buat masa ini enggan memberi sebarang kenyataan mahupun ditemu ramah oleh pengamal media.

“Maaf, kami buat masa ini tidak mahu membuat sebarang kenyataan dan ditemu ramah anda (pengamal media),” katanya ketika ditemui di halaman rumahnya di sini semalam.

Pada hari yang sama, sepasukan polis turut datang ke rumahnya untuk mendapatkan maklumat berkaitan daripada ahli keluarga terdekat.

Sii berusia 56 tahun berasal dari Bintangor tetapi telah bermastautin di Kuching, mempunyai tiga anak merupakan penyelia di sebuah kem pembalakan di Surabaya dan kerap berulang-alik antara Indonesia dan Sarawak.

Isterinya Prof Madya Annie Wong Muk Ngiik merupakan pensyarah kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan serta anak-anaknya juga tidak kelihatan di kediamannya itu.

Malah, Annie dilaporkan berada di Singapura sejak kelmarin bagi mengikuti perkembangan terkini operasi SAR pesawat berkenaan.

Pada Ahad, pesawat ke Singapura bersama 162 penumpang dan anak kapal itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara Indonesia pada jam 7.24 pagi setelah berlepas dari Surabaya pada jam 5.35 pagi. - UB
Ahli Keluarga Sii Chung Huei Masih Enggan Ditemu Ramah Ahli Keluarga Sii Chung Huei Masih Enggan Ditemu Ramah Reviewed by uMieySurianie on December 30, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.